Thursday, October 29, 2009

~satu anjakan~

Assalammualaikum....

Kite tinggalkan dulu soal anak angkat or anak kandung.Ada berita yang mahu disampaikan.Start 19hb Oktober 2009,aku mula bergelar mahasiswi UNISAS insyaAllah.Aku mendapat tawaran dalam bidang Diploma Pengajian Islam Syariah.Namun begitu,disebabkan tiada rakan sesituasi dengan aku disitu,aku pun memohon penukaran program.Aku memohon Ijazah Sarjana Muda Syariah Dan Undang-Undang pada hari isnin yang lepas.Pada hari semalam iaitu hari khamis,aku pergi ke JPM UNISAS untuk menuntut surat kelulusan.Tapi,aku diberi surat penerimaan penukaran program yang aku mohon itu.Alahmdulillah.....aku mengucap syukur pada yang esa.Alhamdulillah........lepas ni aku akan menghadapi suasana yang berbeza dengan yang dulu.Doakan aku ye kawan-kawan!!!!

Friday, September 11, 2009

aPa BeZa aNtarA AnAk KaNdUnG dAn aNaK AnGkAt?????

Aku ingin bertanya pada semua orang....apa beza dan apa nilai antara seorang anak kandung dengan anak angkat????
Apa yang aku tahu selama aku hidup di dunia yang fana ini,anak kandung merupakan anak yang lahir dari rahim seorang ibu manakala anak angkat pula seorang budak yang diambil sebagai anak angkat oleh seorang ibu dengan menggunakan sijil atau pengiktirafan oleh mana-mana hospital dan mana-mana pejabat polis.Dan yang diambil kira bahawa ibu bapa budak tersebut orang yang susah atau budak tersebut merupakan anak yatim atau anak yatim piatu.Seterusnya,ibu tersebut menjaga dan mendidik anak tersebut dari hujung rambut hingga hujung kaki.Ibu itu jugalah yang bertanggungjawab keatas kebajikan anak tersebut.Sekiranya terjadi apa-apa kepada anak tersebut,ibu itulah yang wajib bertanggungjawab keatasnya.
Tetapi,ada pula yang beranggapan ambil anak angkat secara mulut atau sms itu juga dipanggil anak angkat.Aku ingin sekali bertanya pada semua,adakah benar itu juga sah di sisi islam atau ianya fatwa atau ianya taqwa???Akanku sambung research ini pada posting yang akan datang.Selepas ini,apa hak seorang anak angkat yang anak kandung tiada hak keatasnya???Banyak persoalan yang akan bermain difikiran selepas ini.....

Wednesday, September 9, 2009

Salam Ramadhan.....


Sebelum aku meneruskan tulisanku ini,inginku memohon ribuan ampun kerana telah lama aku tidak menulis apa-apa didalam blog ini.Banyak benda yang telah terjadi dalam hidupku sepanjang aku pulang ke Malaysia.Semalam,orang yang aku minat telah pulang ke Malaysia.Pulang untuk selama-lamanya bukan pulang bercuti.Seronoknya dia....Semalam juga tarikh yang begitu indah iaitu 09.09.09......Aku tengok berita semalam,ramai orang cina yang kahwin pada hari berkenaan.Semalam juga merupakan Hari Radio Sedunia.Banyak stesyen radio yang telah meraikan hari tersebut dengan pelbagai aktiviti.Semalam juga hari yang penuh dengan kesedihan dalam hidupku.Biarlah ia menjadi rahsia diri ini.Hari ini adalah hari pertama dalam 10 malam terakhir dalam bulan ramadhan.Banyak benda yang telah terjadi dalam hidupku.

Tuesday, July 14, 2009

bicara pertamaku.....

14 julai 2009....

Detik 9.05malam,aku kini telah berjaya mempunyai blog sendiri tanpa menumpang kasih blog mama.Sebab selama ni aku cuma mempromosi blog mama.Kiranya blog mama berkisar tentang motivasi untuk remaja,tapi blogku mengandungi kisah-kisah perjalanan hidupku.ok,sampai sini sahaja coretan tintaku untuk hari pertama blogku.Moga-moga blog ini tidak di salah ertikan.....